Monday, July 26, 2010

HOW CUTE THEY ARE...

tgh syok meluncuri internet...terserempak pulak dengan geng2 cute ni.
haha..tgok je tau! jgn sampai memudaratkan latop anda.....>>










lots and lots cute animals here:
http://www.designyourway.net/blog/inspiration/cute-and-furry-animals-photography/

7 KEAJAIBAN DUNIA YANG SEBENAR




Suatu hari di dalam sebuah kelas tingkatan 3..
Seperti biasa..
Guru kelas yang mengajar matapelajaran sejarah masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik..
Sebagai permulaan bagi proses pembelajaran pada hari itu.. guru tersebut meminta murid-muridnya menyenaraikan "7 keajaiban dunia "..
Guru tersebut sekadar ingin menguji pengetahuan am murid-muridnya..
Kelas sunyi seketika..masing-masing tekun mencari jawapan..
. . . .
Setelah beberapa ketika..guru tersebut meminta murid-muridnya menghantar jawapan..
Sebahagian besar jawapan yang diberi oleh para murid ialah;
Taj Mahal, Tembok Besar China, Machu Picchu, Christ the Redeemer (Brazil), Runtuhan Petra, Chichen Itza (Kota kuno puak Maya), dan Collosseum Rome (Itali)

Kesemua murid amat yakin menghantar jawapan masing-masing.
Mereka kembali semula ke tempat duduk..

seorang pelajar perempuan masih lagi terkial-kial menyiapkan tugasan itu...
Cikgu kehairanan..

"Kenapa lambat sangat 'Aisyah? Apa yang kamu tulis tu? Saya cuma minta tujuh sahaja.."

"Saya tidak dapat memilih kerana banyak sangat keajaiban dunia..tak tahu nak pilih yang mana satu.."

"Baiklah..beritahu kelas apa keajaiban dunia yang kamu dapat.."

"Banyak, cikgu...keajaiban dunia yang saya rasa ialah..
Dapat melihat..
Dapat mendengar..
Dapat menyentuh..
Dapat menghidu..
Dapat merasa.."

Dia berhenti seketika..
Kemudian dia sambung semula..

"Dapat berjalan..
Dapat mengeluarkan suara..tanpa menggunakan sebarang bateri, cikgu..
Lagi...dapat berfikir..
Dapat merasakan..
Dapat mencintai..
.............
.........

Cikgu sejarah itu terdiam..kelas sunyi seketika...


mungkin jawapan pelajar perempuan tersebut tidak menjawab soalan yang ditanya oleh gurunya,namun jawapanya yang kurang tepat itu mengingatkan kita yang kadang2 lupa keajaiban yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa..tiada bayaran utuk pinjaman ini selain BERSYUKUR.

Saturday, July 24, 2010

<<....SEBELUM TDO.....>>

Skrg ni pkul 6.30 ptg..ak know la kwn2 ak ramai tgh beriadah skg ni..
tp ad gak yg TIDO!! kn..nah bca ni(ad ke org bce blog ak?)..ap ak kisah!!

kah99

Pesan dan berpesan antara kita....
SEBELUM TIDUR

Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.


2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.



3. Sebelum para muslim meredhai kamu.



4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....




(hah???)..uish,xleh tdo slagi xsempurna 4 perkara ni...yg kita duk mmbuta
hari2 slama ni,dah selesai ke prkara2 ni?..betapa ISLAM ni agama yg sgt
mudah,bca sambungannya......>>

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :


1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami

semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.



4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka

seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Qs.3 Ali Imran:85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

BECAUSE HE IS A MUSLIM


baru je nk tido....tup2!

trbaca plak 1 post di facebook oleh seorang rakan..

sgt comel & penuh dgn mesej2 penting..BACA TAU!!!

SEBARKAN TAU!!

http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf

BALANG MAYONIS DAN 2 CAWAN KOPI

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.


Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…” Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.

Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”


Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir.

Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut. “Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…

Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan msemangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”


“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…”
“… anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil danbola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda.

Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya
lebih penting untuk diri anda.”

“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan
anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan
pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam,
yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu – iaitu
perkara yang benar-benar penting.

Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…” Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula
yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

“Saya gembira
ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana
penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…”



Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah :

“Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini… “


from:http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3989

Friday, July 23, 2010

weird Pic


ummmm...ishhh..

nk taip ke x ni..nk tlis apa hah?

nnt r,,hah! ak ad gmbar best nk share..

tgok ah!


tarik bang,tarikkkk...

gosok bang,gosoookkkkk...

hrp2 ikn ni akn hidup lame..
mampos ikn,tmat la riwayat tuan rumah ni..

dont think "biru2 " k